Rentokil Careers

Juruservis Wanita / Service Lady (Penang)

Bayan Lepas, Malaysia
Service


Job Description

Rentokil Initial adalah sebuah syarikat perkhidmatan perniagaan antarabangsa yang mempunyai lebih dari 35,000 rakan sekerja di 70 negara.

Kami berusaha untuk melindungi orang ramai dan meningkatkan taraf kehidupan, contohnya dengan mengawal pembiakan makhluk perosak, meningkatkan mutu kebersihan dan memperbaiki ruang dalaman dengan tumbuhan dan haruman.

Kami adalah pakar dalam bidang yang kami operasikan, melabur dalam latihan, sains, inovasi dan teknologi.

Mendengar dan bertindak atas maklum balas adalah sebahagian daripada budaya kami untuk menyokong rakan sekerja dan pelanggan kami. Rentokil Initial menganggap kesamaan dan keadilan merupakan hak asas semua rakan sekerjanya.

Kami meneruskan nilai-nilai Perkhidmatan, Hubungan dan Kerja berpasukan kami yang telah dipraktikkan oleh rakan-rakan sekerja kami di seluruh dunia.

Ketahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong kami di careers.rentokil-initial.com


Sebagai seorang Juru Servis Wanita (Service Lady), tugas utama anda adalah untuk melakukan servis pembersihan Feminine Hygiene Unit (FHU) yang juga dikenali sebagai tong pelupusan tuala wanita - biasanya diletakkan di dalam tandas.

Requirements

1. Warganegara Malaysia PEREMPUAN berumur 21 tahun dan ke atas.

2. Kelayakan minimum PMR.

3. Mempunyai sekurang-kurangnya lesen D (dan boleh pandu manual). Sesiapa yang mempunyai lesen GDL akan diutamakan. Harap maaf, permohonan yang TIDAK MEMPUNYAI LESEN D + TIDAK BOLEH PANDU KERETA GEAR MANUAL TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

4. Mempunyai minat melakukan kerja servis & kerja di luar.

5. Pengalaman tidak diperlukan, latihan intensif disediakan.

6. Jiwa raga mestilah kental, sihat tubuh badan untuk melakukan kerja kasar, dan mempunyai minat dalam pekerjaan ini.

7. Mempunyai pengangkutan sendiri & boleh berulang-alik ke cawangan Penang kami yang terletak di Bayan Lepas.

Benefits

Selain gaji pokok yang menarik, kami menawarkan:

  • Pelbagai jenis elaun & insentif diberikan (bergantung kepada prestasi kerja anda)
  • EPF (13% daripada syer majikan. 16% apabila bekerja lebih dari 2 tahun) & SOCSO
  • Insurans kelompok (3 jenis) - Kemalangan, Kematian & Kemasukan Hospital
  • Khidmat klinik panel serata negeri
  • Faedah rawatan mata/gigi
  • Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja)
  • Kemudahan pengangkutan (van syarikat) bersama kad petrol
  • Telefon bimbit dan/atau pelan data untuk kegunaan kerja

Apa lagi yang anda tunggu? Ayuh, mohonlah sekarang!

Peluang sama rata (Equal Opportunities)

Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi. Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian tempat kerja yang bermaksud bahawa kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, merangkumi kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka.