Rentokil Careers

Juruservis Wanita (Glenmarie, Shah Alam)

Selangor, Malaysia
Operations


Job Description

Rentokil Initial:

Rentokil Initial adalah sebuah syarikat perkhidmatan perniagaan antarabangsa yang mempunyai lebih dari 35,000 rakan sekerja di 70 buah negara.

Kami berusaha untuk melindungi orang ramai dan meningkatkan kehidupan, contohnya dengan mengawal makhluk perosak, meningkatkan kebersihan dan memperbaiki ruang dalaman dengan tumbuhan dan haruman.

Kami pakar dalam bidang kami, melabur dalam latihan, sains, inovasi dan teknologi.

Mendengar dan bertindak di atas maklum balas adalah sebahagian daripada budaya kami untuk menyokong rakan sekerja dan pelanggan kami. Rentokil Initial menganggap kesetaraan dan keadilan adalh hak asasi semua rakan sekerjanya.

Kami terapkan nilai-nilai Perkhidmatan, Hubungan dan Kerja berpasukan kami yang telah tanam ke dalam diri rakan-rakan sekerja kami di seluruh dunia.

Ketahui dengan lebih lanjut di careers.rentokil-initial.com


Penerangan kerja

Sebagai seorang Juru Servis Wanita (Service Lady), tugas utama anda adalah untuk melakukan servis pembersihan Feminine Hygiene Unit (FHU) yang juga dikenali sebagai tong pelupusan tuala wanita (Unit Kebersihan Wanita) yang selalunya diletakkan di dalam tandas. Diantara tugas-tugasnya adalah:-

  • Mengeluarkan plastik sampah yang berisi & menggantikannya dengan plastik sampah baru di dalam tong pelupusan
  • Meletakkan bahan kimia khas ke dalam plastik sampah baru (untuk hindar pembiakan bakteria & bau)
  • Mengsanitasi tong dengan semburan sanitizer
  • Melupuskan plastik berisi tuala wanita di tempat yang dikhaskan
  • Menjaga hubungan yang baik dengan pelanggan

Requirements

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia PEREMPUAN berumur 21 tahun dan ke atas.

2. Kelayakan PMR/SPM.

3. Mempunyai sekurang-kurangnya lesen D (dan boleh pandu manual). Sesiapa yang mempunyai lesen GDL akan diutamakan.

4. Mempunyai minat melakukan kerja servis & kerja di luar.

5. Pengalaman tidak diperlukan, latihan intensif disediakan.

6. Jiwa raga mestilah kental, sihat tubuh badan untuk melakukan kerja kasar, dan mempunyai minat dalam pekerjaan ini.

7. Mempunyai pengangkutan sendiri & boleh berulang-alik ke cawangan kami di Glenmarie, Shah Alam.

Benefits

Mengapa pilih Rentokil Initial?

Kami merupakan organisasi antarabangsa terkemuka yang menyediakan perkhidmatan kawalan makhluk perosak dan hygiene di Malaysia. Selain gaji pokok, kami menawarkan:

  • Pelbagai jenis elaun & insentif diberikan (bergantung kepada prestasi kerja anda)
  • EPF (13% daripada syer majikan. 16% apabila bekerja lebih dari 2 tahun) & SOCSO
  • Insurans kelompok (3 jenis)
  • Khidmat klinik panel serata negeri
  • Faedah rawatan mata/gigi
  • Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja)
  • Kemudahan pengangkutan (van syarikat) bersama kad petrol
  • Telefon bimbit dan pelan data untuk kegunaan kerja


Peluang Sama Rata

Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi. Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian di tempat kerja. Ini bermaksud, kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, menghargai kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka.Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan profesional yang bernilai untuk komuniti anda? Adakah anda yakin yang anda mampu melakukan kerja ini dengan baik? Mohonlah hari ini!


Alamat:

No. 3, Jalan U1/25A, Seksysn U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam